1. Menundukkan pandangan:  ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,  sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:  Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.  (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH  berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka  menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka  mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan  hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga  Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak  perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan  jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. 
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka  tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said  al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang  lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat  aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah  keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik  tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta  sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.  (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu  Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah  seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama  mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah  seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan  akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad  yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang  melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman  ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita  yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam  berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang  ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang  baik. (Al-Ahzaab: 32) 
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan  oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita  mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain  tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara  dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir  Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar  .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu  masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal  baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata  Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras  terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.  (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun  dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah  berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan  wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang  mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan  menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu  Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan  untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.  Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa  berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau  mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang  boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan  janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu  perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
 






 Rabu, Oktober 20, 2010
Rabu, Oktober 20, 2010 Administrator
Administrator


 
 
 
 
 
 
