Bagi PNS di lingkup Sekretariat Daerah Kabupaten (Sekdakab) Lamongan yang selama ini sering telat masuk kantor harus mulai belajar menghentikan kebiasaannya tersebut. Karena sebentar lagi di lingkup Kantor Sekdakab akan segera menerapkan absensi elektrik dengan menggunakan finger print.

Saat ini proses menuju absensi elektrik tersebut masih dalam tahap entry data PNS yang ada di lingkup Sekdakab. Sementara untuk pengaktifannya masih menunggu kesiapan pemasangan jaringan di Badan Kepegawaian Daerah (BKD) setempat.

Menurut Kepala Kantor Pengolahan Data Elektronik (KPDE) Lamongan Hurip Tjahyono melalui Kabag Humas dan Infokom Aris Wibawa, denga piranti absensi finger print itu, pegawai tidak bisa mengkali waktu absensi. Karena begitu jari jempol ditempelkan ke piranti, pusat data akan langsung merekam waktu kedatangan pegawai bersangkutan.

Saat ini yang sudah menerapkan absensi serupa adalah RSD dr Soegiri Lamongan. Penerapan di rumah sakit pemerintah ini seiring penerapan penerapan konsep Badan Layanan Umum Daearah (BLUD) di RSD dr Soegiri. Salah satu keunggulan penggunaan piranti tersebut di RSD dr Soegiri adalah kemudahan dan kakuratan untuk menghitung jam lembur petugas jaga di rumah sakit.(Humas Pemkab Lamongan)

Tahukah anda lobak merah mempunyai khasiat sebagai pelindung kulit. Jika anda merancang percutian di tepi pantai kulit anda akan terdedah kepada cahaya matahari berlebihan.

Jika anda mahukan lebih perlindungan pada kulit di sepanjang percutian, mulakan mengunyah lobak merah dan jus perahan limau. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, kombinasi antara beta karotina dan vitamin C dalam merah membantu melindungi pembakaran cahaya matahari pada kulit sehingga 30%. Ia bertindak secara perlahan maka mulakannya 12 minggu sebelum percutian berlangsung.

Penambahan beta karotina boleh didapati dalam bentuk kapsul di mana-mana farmasi. tetapi cara lain yang bersifat semulajadi boleh didapati dari buah peach, aprikot dan sayur bayam.
Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan. Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius.

1. Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan bintik bintik hitam. Sapukan hanya pada kawasan bintik berkenaan.

2. Madu juga penawar terbaik jika di amalkan secara harian. Sapukan madu setiap pagi di kawasan berbintik hitam di wajah anda, biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Celup putik kapas ke dalam susu segar dan sapukan pada bahagian bintik hitam. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik - bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.
Sebelum anda melakukan diet, anda hendaklah memahami apakah itu diet?, bagaimana ia berlaku?, bagaimana melakukan diet yang betul dan apakah makanan yang sesuai untuk diri anda.

Diet adalah cara menyelesaikan tahap maksimum pembakaran kalori. iaitu dengan setiap makanan yang di ambil hendaklah mengikut tahap yang betul iaitu : 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak. Bermakna nisbah pengambilan makanan mengikut diet yang diperlukan ialah 40:30:30.


Mengikut pengkaji diet Barry Sears, ia berlaku bermula daripada hormon bukan kalori. Hormon Insulin akan terbebas apabila pengambilan karbohidrat seperti roti, pasta, kentang, nasi, kek. biskut atau manisan berlaku. Karbohidrat yang dicernakan oleh insulin ini, akan memyebabkan pertambahan gula dalam darah. Pengumpulan gula inilah yang akan menyebabkan pertambahan lelemak yang mengemukkan.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan diet, cubalah kawal pengambilan karbohidrat dan lemak dalam pengambilan makanan anda. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, protein dan air masak setiap hari. Ubahlah cara memasak dari menggoreng kepada mengukus
atau memanggang. Elakkan dari mengambil makanan berlemak dan manis seperti makanan bergoreng, candy dan choklat. Jika anda ingin mengambil snek cubalah meratah karot, tomato, buah-buahan atau biskut rendah lemak. Jika anda mengubah tabiat pemakanan yang lebih sihat,
anda pasti mendapat bentuk tubuh yang menarik.

Berikut adalah cadangan diet yang sihat yang anda boleh ikuti.

Sarapan pagi : Roti atau muffin dengan sosej sayuran yang disalut dengan keju rendah lemak
dalam sukatan 25g.

Tengahari :Roti serat, 100g ayam kukus dicampur dengan 4 sudu teh mayonis dan salad. Kemudian di ikuti dengan anggur 60 g sebagai pencuci mulut.

Malam : 100g daging panggang yang dimakan dengan sos mustard, serta brokoli dan salad yang di campur 4 sudu teh minyak zaitun serta sepotong epal sebagai pencuci mulut.

Jumlah keseluruhan kalori untuk makanan di atas adalah sebanyak 1200. Ianya mencukupi untuk tubuh anda.

selamat mencuba!.
Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan Kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya.

Mengambil tomato sebahagian dari diet anda adalah sangat menguntungkan justeru kehebatannya dalam mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh radikal bebas. Makanlah buah tomato ini dengan banyak dan berterusan selama 10 minggu dan anda dapat lihat kesannya terhadap kulit anda. Campurkannya dengan minyak zaitun atau mayonis dan jadikan menu wajib anda setiap hari.

Anda juga boleh jadikan tomato sebagai sos di dalam hidangan pizza, spegetti dan sup. Jangan bimbang jika buah tomato ini di masak kerana ia tidak akan merosakkan Lycopene di dalamnya, bahkan kandungannya meningkat sebanyak 4 kali ganda.

Sebaiknya minumlah jus tomato satu gelas setiap hari untuk mendapat khasiat yang berterusan daripadanya. Jika anda tidak suka akan rasanya, mulai dari saat ini anda belajarlah untuk menyukainya kerana buah ajaib ini dapat membantu anda kelihatan awet muda.
Tahukah anda keadaan persekitaran dan pemakanan yang kita ambil di saat ini adalah sangat berisiko mengandungi toksid.

Dunia kita di ancam pencemaran yang hebat. Habuk, asap dan bau yang tidak menyenangkan telah menambah toksid di dalam badan. Begitu juga dengan corak pemakanan kini yang banyak mengandungi pewarna dan perasa. Keadaan ini menyebabkan badan kita perlu bekerja keras bagi membuang toksid ini.

Anda haruslah mengamalkan corak pemakanan yang sihat seperti mengambil pemakanan yang terus dari alam yang segar seperti ikan, daging, sayur dan buah-buahan untuk kekal sihat.

Di samping itu banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana dengan meminum air yang banyak dapat mengeluarkan toksid secara semulajadi dari badan anda.

Jika anda tidak selesa kerana dengan meminum air, anda akan lebih kerap ke tandas fikirkanlah secara positif bahawa anda mahu mengeluarkan segala toksid yang terkumpul di badan anda dan anda ingin tubuh anda terus kekal sihat dan cantik.
Di kala ini, produk kecantikan yang mengandungi formula pemutih kulit tumbuh bagai cendawan, malangnya kebanyakan dari kita tidak memahami apakah maksud istilah formula yang ditampilkan oleh setengah dari produk tersebut.

Berikut adalah beberapa istilah yang akan anda temui dalam satu-satu produk. Fahamilah kaedah tindakan dan kesannya samada ia selamat atau tidak untuk kulit anda.

1. AHAs (alpha hydroxy acids)
AHAs adalah sejenis asid yang dikeluarkan oleh buah-buahan seperti tebu, jus lemon, susu masam, epal dan anggur. Secara saintifiknya AHA berfungsi memperbaiki keadaan kulit dengan membuang sel-sel mati bagi membolehkan sel-sel yang baru untuk tumbuh. Ini akan menjadikan kulit anda lebih lembut, muda dan berseri.

Sebaliknya AHAs mempunyai beberapa kesan untuk kulit. Penggunaan yang berterusan dengan kadar yang tinggi akan menjadikan kulit lebih nipis dan lebih sensitif. Kesan dari itu kulit anda akan kemerah-merahan dan kulit anda bertukar menjadi terlalu sensitif. Sebelum anda menggunakan apa-apa produk kajilah dahulu kadar AHAs terkandung di dalamnya atau anda boleh menggunakan saling berganti dengan produk yang lebih lembut.

2. BHAs ( beta hydroxcy acid)
BHAs mempunyai unsur, kesan dan tindakan yang hampir sama dengan AHAs tetapi BHAs lebih lembut dan selamat untuk kulit sensitif. Bagi sesiapa yang mempunyai kulit sensitif , bertukarlah kepada produk yang mengandungi BHAs ia lebih sesuai untuk kulit anda.

3. Retinol
Retinol adalah buih lembut Retin A, yang mana ia sesuai untuk merawat jerawat. Tindakannya juga menakjubkan bagi mengurangkan penuaan disamping melindungi kulit dari pancaran matahari serta menghalang pigmentasi.

Sebaliknya Retinol yang berasal dari vitamin A ini, juga mempunyai bahan yang agak kasar sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan mengelupas. Akibatnya kulit muka akan mejadi semakin nipis dan sensitif. Jika anda mengunakan retinol, pastikan anda mengikut peraturan yang betul dan perlu memakai pelindung matahari untuk menghalang sinaran UV. Berhentilah dengan segera jika anda mengalami alahan.

4. Hidroquinon
Hidroquinon adalah sejenis bahan kimia yang dapat memperbaiki keadan kulit wajah anda menjadi lebih putih dan lembut pada peringkat awal tetapi mempunyai kesan yang tidak baik pada jangka panjang. Penggunaan hidroquinon secara berterusan akan mematikan melanin kulit dan menjadikannya lebam. Menurut laporan British Journal Of Dermatology (1986), 70% pengguna mengalami masalah kulit seperti jerawat, keloid di bahagian kulit yang tidak bertulang, jeragat dan pigmentasi yang semakin menebal selepas 6 bulan penggunaannya. Di percayai penggunaannya secara berterusan dengan kadar kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kanser kulit.
Pernahkah anda mencuba mandi bersama garam mandian?. Tahukah anda berendam dengan campuran air garam mandian dapat melancarkan peredaran darah serta berkhasiat untuk memulihkan kesegaran kulit.

Selain dari itu mandian garam juga membantu melegakan kesakitan pada tubuh, mengelakkan kekejangan selepas senaman, merehatkan otot-otot dan melegakan stress. Mandian dengan garam juga dapat melegakan kesakitan rheumatic, melegakan sakit kepala dan memulihkan masalah kulit seperti jerawat, ruam dan psoriasis.

Semasa anda berendam butiran butiran garam akan mengikis lapisan sel kulit mati sehingga membuatkan pori-pori menjadi terbuka dan mudah bernafas. Sewaktu anda berendam juga nikmatilah haruman aromaterapi dan rasailah kesegarannya.

Produk-produk garam mandian banyak didapati di kedai barangan kecantikan dan kesihatan. Anda juga boleh membuat campuran garam mandian itu di rumah.

Berikut adalah bahan-bahan yang di perlukan.
- 3 cawan garam
- 1 cawan minyak zaitun sebagai pelembab dan memberi kesan lembut pada kulit.
- 1 cawan minyak badam
- 1 cawan minyak tea tree sebagai penyejuk dan antiseptik semulajadi
- 1 sudu teh minyak eucalyptus atau minyak kayu putih.
- 1 sudu teh minyak pudina untuk mendinginkan kulit.
- 1 sudu teh minyak rosmary sebagai pelembut kulit.
( Minyak-minyak pati diatas boleh didapati di kedai produk aromaterapi )

Cara menyediakan.
Campurkan semua bahan itu dan kacau dengan menggunakan senduk kayu. Untuk menggunakannya, gosoklah lebih kurang dua sudu garam besar tadi pada tubuh secara perlahan dengan gerakan melingkar. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Setelah itu bilaslah dengan air biasa. Jika anda mempunyai tab mandi berendamlah dengan air garam tadi dan rasailah keseronokannya. Selamat mencuba!.

Anda sudah menjaga pemakanan anda!, anda juga sudah membersihkan muka setiap hari! Anda juga sudah mengunakan pelembab untuk siang dan malam!. Tetapi wajah anda juga masih kelihatan kusam dan tidak bermaya...

Anda perlu mencuba menggunakan masker. Buatlah rawatan masker satu atau dua minggu sekali. Masker yang mengandungi vitamin E bertindak untuk menegangkan kulit wajah di samping menyingkirkan sel-sel mati dari kulit.

Biasanya masker dipakai selepas anda mencuci dan menggunakan scrub di wajah anda. Selepas itu ratakanlah masker keseluruh muka dan biarkan selama 5 - 15 minit.

Ketika anda memakai masker ini sudah tentu anda merasa kulit anda menjadi tegang dan bersih. Sebaik-baiknya ketika menunggu masker kering anda digalakkan berehat dan menenangkan fikiran. Anda boleh mendengar muzik atau membakar lilin aromaterapi untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan lebih segar. Jangan lupa letakkan kapas basah atau hirisan timun di atas mata anda. Secara tak langsung mata anda juga dapat berehat dan anda akan terasa lebih segar. Selepas masker kering cucilah wajah anda seperti biasa. Anda pasti rasa lebih segar dan kulit anda akan lebih bersih.

Memang banyak masker yang di jual di pasaran. Anda juga perlu berhati-hati ketika membeli masker kerana masker berbeza-beza mengikut jenis kulit. Untuk mereka yang mempunyai kulit kering tidak sama masker yang dipakai untuk mereka yang kulit berminyak. Pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu sebelum membeli. Selamat mencuba!.

Jika anda ingin tampil muda dan sihat anda disarankan untuk mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan. Minyak ikan yang mengandungi EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) membentuk Omega-3, berperanan untuk :

1. Membantu sistem kardiovaskular agar berfungsi dengan baik.
2. Merendahkan paras kolestrol yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi
3. Menghalang berlakunya darah beku, arteriosklerosis dan ketumbuhan trombus.
4. Mengekalkan dan meningkatkan daya ingatan.
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Mengelakkan dari penyakit Amnesia dan Alzheimer.
7. Membantu meningkatkan daya penglihatan, kerana DHA adalah unsur utama dalam penghantaran cahaya yang membentuk 40% daripada retina.
8. Gabungan EPA dan DHA dapat mangawal pembekuan platlet dan tekanan darah.
9. Meningkatkan fungsi imun.
10. Meredakan kesakitan dan bengkak-bengkak bagi pesakit artristis reumatoid.
11. Mengelakkan dari penyakit kanser payudara kerana kajian membuktikan semua pengidap kanser payudara mempunyai tahap DHA yang rendah.
12. Mengekalkan kepekatan darah merah pada paras optimum.
13. Membantu sistem perkumuhan dan sangat baik sebagai bahan pelangsingan badan.

Keistimewaan minyak ikan sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia. Bayi dan kanak-kanak akan menjadi lebih sihat dan cerdas. Mereka yang bertubuh gempal akan dapat mengurangkan berat badan dan wanita yang inginkan kulit yang halus berseri boleh menggunakannya. Malah pengambilan minyak ikan ini juga digalakkan bagi mereka yang ingin
awet muda.
Tahukah anda Aloe Vera adalah tumbuhan anugerah dari Tuhan kepada manusia yang begitu banyak khasiatnya. Pokok Aloe vera wujud 6000 tahun dahulu dan berkemampuan bukan sahaja untuk tujuan kecantikan tetapi mempunyai sifat penyembuhan yang luarbiasa.

Begitu banyak produk di pasaran yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan utama yang digunakan untuk kecantikan rambut dan kulit, malah ianya dijadikan jus minuman untuk mendapatkan khasiat penyembuhan dalaman badan, justeru sifatnya yang memiliki lebih 100 vitamin, mineral, enzim dan sebatian penting untuk penghasilan serta pembaharuan sel.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan pesakit Ulser peptik, penggunaan klinikal Aloe Vera telah menyebabkan setiap pesakit pulih secara berperingkat berbanding dengan pesakit yang tidak menggunakan Aloe Vera.

Menurut kajian saintifik dan journal, didapati bahawa Aloe Vera berperanan :
1. Membantu bertindak sebagai pembersih semulajadi.
2. Membantu meredakan kesakitan secara mendalam.
3. Memberi kesan antibiotik secara sederhana.
4. Memberi kesan antiinfalmatori.
5. Memberi kesan antipiresis dan menolong melegakan kepanasan akibat melecur dan inflamasi.
6. Membantu melarutkan dan menghancurkan sel sel mati menerusi tindakan enzim Protelisis, lalu mempercepatkan fasa degenaratif dan proses pemulihan.
7. Meransangkan pertumbuhan sel yang normal dan mempercepatkan fasa regeneratif dalam proses pemulihan.

Lendir yang terdapat di dalam daunnya mempunyai khasiat sebagai penyubur rambut dengan cara melumurkannya sambil mengurut secara perlahan-lahan di kulit kepala setiap malam dan cucilah rambut anda keesokkan harinya. Selain dari itu ia sangat bagus untuk kulit sebagai agen pembersih, masker dan pelembab di sebabkan fungsinya sebagai penghasil sel-sel baru. Lendirnya juga sangat enak di campur dengan jus buah-buahan dan di minum setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.

Setelah anda tahu betapa besar khasiat Aloe Vera ini, saya menyarankan tanamlah tumbuhan ajaib ini di sekitar rumah anda dan jadikan ia sebagai bahan kecantikan dan kesihatan anda dan gunakanlah ia setiap hari.
Jika anda mengalami masalah bau badan yang serius, cubalah tips berikut, untuk mengurangkan bau yang tidak enak dari tubuh anda.

1. Gunakan anti perspiran. Anti perspiran mengandungi tawas yang dapat mengawal penghasilan air yang di keluarkan di bahagian lipatan peha, ketiak dan bahagian lain yang lembab. Tawas di dalam anti perspiran bertindak dengan air di dalam kelenjar peluh dan seterusnya membentuk penghalang sementara agar peluh tidak keluar.

2. Gunakan deodoran. Deodoran pula tidak mengurangkan peluh tetapi kegunaannya adalah supaya peluh tidak berbau. Ia bertindak dengan menghalang bakteria daripada membiak dan seterusnya menghalang bau peluh. Sesetengah produk deodoran di pasaran telah pun mengandungi anti perspiran, memudahkan anda mempuat pilihan. Gunakan selepas mandi untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Pilihlah makanan yang sesuai. Makanan berlemak seperti keju akan menyebabkan bau badan kurang menyenangkan. Elakkan juga memakan bawang putih, bawang merah, dan makanan berempah secara berlebihan. Makanan ini bukan sahaja menyebabkan bau badan tetapi mengakibatkan mulut berbau tidak sedap.

4. Memakai bedak talkum anti bakteria di kawasan lipatan peha, ketiak atau bahagian yang mudah berpeluh dapat membantu mengurangkan bau badan. Kawasan yang lembab atau mudah berpeluh akan mengeluarkan bau dengan tindakan bakteria. Memakai bedak anti bakteria selain memastikan sentiasa kering, ianya dapat menyahkan bau peluh.

5. Mandi secara konsisten dan lebih kerap adalah satu cara yang dapat menghindar bau badan lebih-lebih lagi jika tubuh anda aktif berpeluh.

6. Gunalah sabun anti-bakteria ketika anda mandi kerana ianya dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau badan.

7. Seminggu sekali gunakan scrub untuk menyental tubuh badan anda. Selain dapat menghindari bau badan yang kurang menyenangkan, kulit anda akan kelihatan bersih dan cantik jika anda menggunakan scrub.

8. Semburlah Anggota badan anda dengan minyak wangi atau penyembur anti perspiran.

9. Cukurlah bulu di bawah lengan anda seminggu sekali. Bulu yang panjang akan memerangkap bau beluh di bawah lengan anda.

10. Pakailah sepatu atau sandal kulit. Jika kaki masih berbau gunakan bedak untuk kaki atau penyembur pada kasut.

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive