Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan Kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya.

Mengambil tomato sebahagian dari diet anda adalah sangat menguntungkan justeru kehebatannya dalam mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh radikal bebas. Makanlah buah tomato ini dengan banyak dan berterusan selama 10 minggu dan anda dapat lihat kesannya terhadap kulit anda. Campurkannya dengan minyak zaitun atau mayonis dan jadikan menu wajib anda setiap hari.

Anda juga boleh jadikan tomato sebagai sos di dalam hidangan pizza, spegetti dan sup. Jangan bimbang jika buah tomato ini di masak kerana ia tidak akan merosakkan Lycopene di dalamnya, bahkan kandungannya meningkat sebanyak 4 kali ganda.

Sebaiknya minumlah jus tomato satu gelas setiap hari untuk mendapat khasiat yang berterusan daripadanya. Jika anda tidak suka akan rasanya, mulai dari saat ini anda belajarlah untuk menyukainya kerana buah ajaib ini dapat membantu anda kelihatan awet muda.

Related Posts:

  • Tips SolekanJika anda inginkan tips solekan ringkas dan santai, berikut adalah beberapa tips dari pakar solekan untuk membantu anda.1. Sebelum wajah anda dirias, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan pelempab atau moisturiser… Read More
  • Khasiat KunyitKunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wa… Read More
  • Tips Awet MudaWalaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.1. Jika anda merokok berhentil… Read More
  • Khasiat Minum Air SuamKekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejas… Read More
  • Tips Menegangkan PayudaraPayudara wanita adalah salah satu aset paling berharga dan rata-rata wanita sangat mementingkan kecantikannya dan keanjalannya.Terdapat banyak produk di pasaran yang sesetengahnya terbukti berkesan dalam menyerlahkan dan menc… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive