Tahukah anda Aloe Vera adalah tumbuhan anugerah dari Tuhan kepada manusia yang begitu banyak khasiatnya. Pokok Aloe vera wujud 6000 tahun dahulu dan berkemampuan bukan sahaja untuk tujuan kecantikan tetapi mempunyai sifat penyembuhan yang luarbiasa.

Begitu banyak produk di pasaran yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan utama yang digunakan untuk kecantikan rambut dan kulit, malah ianya dijadikan jus minuman untuk mendapatkan khasiat penyembuhan dalaman badan, justeru sifatnya yang memiliki lebih 100 vitamin, mineral, enzim dan sebatian penting untuk penghasilan serta pembaharuan sel.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan pesakit Ulser peptik, penggunaan klinikal Aloe Vera telah menyebabkan setiap pesakit pulih secara berperingkat berbanding dengan pesakit yang tidak menggunakan Aloe Vera.

Menurut kajian saintifik dan journal, didapati bahawa Aloe Vera berperanan :
1. Membantu bertindak sebagai pembersih semulajadi.
2. Membantu meredakan kesakitan secara mendalam.
3. Memberi kesan antibiotik secara sederhana.
4. Memberi kesan antiinfalmatori.
5. Memberi kesan antipiresis dan menolong melegakan kepanasan akibat melecur dan inflamasi.
6. Membantu melarutkan dan menghancurkan sel sel mati menerusi tindakan enzim Protelisis, lalu mempercepatkan fasa degenaratif dan proses pemulihan.
7. Meransangkan pertumbuhan sel yang normal dan mempercepatkan fasa regeneratif dalam proses pemulihan.

Lendir yang terdapat di dalam daunnya mempunyai khasiat sebagai penyubur rambut dengan cara melumurkannya sambil mengurut secara perlahan-lahan di kulit kepala setiap malam dan cucilah rambut anda keesokkan harinya. Selain dari itu ia sangat bagus untuk kulit sebagai agen pembersih, masker dan pelembab di sebabkan fungsinya sebagai penghasil sel-sel baru. Lendirnya juga sangat enak di campur dengan jus buah-buahan dan di minum setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.

Setelah anda tahu betapa besar khasiat Aloe Vera ini, saya menyarankan tanamlah tumbuhan ajaib ini di sekitar rumah anda dan jadikan ia sebagai bahan kecantikan dan kesihatan anda dan gunakanlah ia setiap hari.

Related Posts:

  • Minum Air Dapat Keluarkan Toksid Dalam BadanTahukah anda keadaan persekitaran dan pemakanan yang kita ambil di saat ini adalah sangat berisiko mengandungi toksid.Dunia kita di ancam pencemaran yang hebat. Habuk, asap dan bau yang tidak menyenangkan telah menambah toks… Read More
  • Khasiat Lobak Merah Sebagai Pelindung KulitTahukah anda lobak merah mempunyai khasiat sebagai pelindung kulit. Jika anda merancang percutian di tepi pantai kulit anda akan terdedah kepada cahaya matahari berlebihan.Jika anda mahukan lebih perlindungan pada kulit di s… Read More
  • Tips Diet Untuk Tubuh Menarik Sebelum anda melakukan diet, anda hendaklah memahami apakah itu diet?, bagaimana ia berlaku?, bagaimana melakukan diet yang betul dan apakah makanan yang sesuai untuk diri anda.Diet adalah cara menyelesaikan tahap maksimum p… Read More
  • Segarnya Mandi bersama Garam Mandian....Pernahkah anda mencuba mandi bersama garam mandian?. Tahukah anda berendam dengan campuran air garam mandian dapat melancarkan peredaran darah serta berkhasiat untuk memulihkan kesegaran kulit.Selain dari itu mandian garam ju… Read More
  • Tomato Dapat Mengatasi Kedutan Pada WajahTahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene me… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive