Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Related Posts:

  • Pemakaian Masker Untuk Kulit Cantik Dan SegarAnda sudah menjaga pemakanan anda!, anda juga sudah membersihkan muka setiap hari! Anda juga sudah mengunakan pelembab untuk siang dan malam!. Tetapi wajah anda juga masih kelihatan kusam dan tidak bermaya...Anda perlu mencub… Read More
  • Piramid Makanan Panduan Pemakanan SihatPada dasarnya terdapat 4 asas penting dalam pengambilan makanan harian.1. Kelompok Karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan anda. Kelompok ini merangkumi makanan asas seperti nasi, gandum, ubi kentang, bijirin d… Read More
  • Minyak Ikan Rahsia Awet Muda Dan SihatJika anda ingin tampil muda dan sihat anda disarankan untuk mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan. Minyak ikan yang mengandungi EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) membentuk Omega-3, berperanan… Read More
  • Aloe Vera Tumbuhan Ajaib Untuk KecantikanTahukah anda Aloe Vera adalah tumbuhan anugerah dari Tuhan kepada manusia yang begitu banyak khasiatnya. Pokok Aloe vera wujud 6000 tahun dahulu dan berkemampuan bukan sahaja untuk tujuan kecantikan tetapi mempunyai sifat pen… Read More
  • 10 Tips Mengurangkan Bau Badan Yang Kurang menyenangkan.Jika anda mengalami masalah bau badan yang serius, cubalah tips berikut, untuk mengurangkan bau yang tidak enak dari tubuh anda.1. Gunakan anti perspiran. Anti perspiran mengandungi tawas yang dapat mengawal penghasilan air y… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive