Apa kehebatan buah Strawberry?


Dikenal dengan nama latin Fragaria rosaceae, buah Strawberry yang tumbuh menjalar ini kaya akan vitamin C, buah ini juga mengandung fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercaya memberikan warna merah pada buah Strawberry.

Selain itu, buah Strawberry juga mengandung Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3.[break]

Kebaikan Buah Strawberry

Dari segi kesihatan, kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberry ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, di antaranya:

1. Arthritis
Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

2. Kanser
Oleh kerana buah strawberri mengandung unsur anti oksidan sudah tentu buah ini dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

3. Kesihatan mata
Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah.

4. Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut dapat dicegah.

5. Tekanan darah tinggi
Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

6. Penyakit jantung
Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.

Related Posts:

  • Tips Memilih Kasut Sebelum MembeliTahukah anda 90 peratus manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki. Tahukah anda juga secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya. Oleh itu pemilihan kasut… Read More
  • Tips Awet MudaWalaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.1. Jika anda merokok berhentil… Read More
  • Tips Penjagaan GigiBagi menjaga kesihatan dan kebersihan gigi, berikut adalah tips penjagaan yang disarankan.1. Elakkan makan terlalu manis dan mudah melekat di celah-celah gigi.2. Jangan merokok kerana rokok menyebabkan gigi anda kekuningan d… Read More
  • Tips Menegangkan PayudaraPayudara wanita adalah salah satu aset paling berharga dan rata-rata wanita sangat mementingkan kecantikannya dan keanjalannya.Terdapat banyak produk di pasaran yang sesetengahnya terbukti berkesan dalam menyerlahkan dan menc… Read More
  • Khasiat KunyitKunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wa… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive