Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih ( Piper betle L. ) mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih..


1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Related Posts:

  • Tips Segarkan Kulit Wajah Dengan TimunAnda menghadapi tekanan atau keletihan setelah seharian penat bekerja? Ianya pasti mempengaruhi kulit anda bukan!. Kulit anda pasti kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya.Jika anda terlalu penat justeru kurang tidur bukan … Read More
  • Tips Kecantikan Untuk Kulit KombinasiMemiliki kulit kombinasi atau kulit campuran memerlukan penjagaan yang rapi kerana biasanya jenis kulit ini mengandungi kombinasi tompok-tompok berminyak dan kering. Di kawasan zon-T di dapati jenis kulit berminyak dan ia per… Read More
  • Tips Lembutkan Kulit Dengan PisangTahukah anda pisang boleh dijadikan bahan untuk lembutkan kulit wajah? Caranya mudah sahaja!, jadikanlah ia sebagai masker. Ambillah sebiji pisang masak kemudian campurkan dengan 2 sudu besar yougurt dan 2 sudu besar madu. G… Read More
  • Tips Kecantikan Untuk Kulit BerminyakKulit jenis berminyak biasanya mempunyai liang terbuka dan permukaan berminyak, mudah mendapat jerawat, bintik-bintik hitam, acne dan kulit pucat kuning.Kulit berminyak disebabkan oleh lebihan keluaran bahan berminyaki, sebum… Read More
  • Tips Langsingkan Badan Melalui UrutanCantik memang menjadi idaman setiap insan, khususnya wanita. Ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk kelihatan cantik.Mengurut adalah cara tradisional yang masih diamalkan hingga ke hari ini. Ia bukan sahaja meny… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive