Tahukah anda 90 peratus manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki. Tahukah anda juga secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya. Oleh itu pemilihan kasut yang sesuai amat penting untuk memelihara kaki di samping dapat menyerlahkan penampilan anda.

Berikut adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.

1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.

2. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.

3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.

4. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.

5. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Related Posts:

  • Tips Membuat Scrub Sendiri Di RumahAdakah kulit tubuh anda kelihatan kusam, kasar dan warnanya tidak sekata. Jika kulit tubuh anda sedemikian rupa, cubalah melakukan scrub untuk merawat kulit anda kerana faktor tersebut adalah disebabkan oleh terkumpulnya sel-… Read More
  • Tips Kecantikan Untuk Kulit BiasaJenis kulit biasa tergolong daripada jenis kulit yang seimbang dan kelihatan bermaya dengan tekstur yang lebih halus tanpa liang terbuka. Ia jarang mengalami bintik-bintik atau kawasan berkilat.Pastikan kulit biasa berfungsi … Read More
  • Tips Mengelakkan Dari Penyakit KanserTahukah Penyakit kanser boleh dihindari dengan mengambil pemakanan yang mengandungi unsur-unsur antioksidan. Masih ramai yang tidak tahu apakah makanan yang baik untuk mengelakkan dari penyakit-penyakit kanser. Berikut adalah… Read More
  • Tips Kuruskan badanAdakah berat badan anda melebihi dari berat yang sepatutnya. Anda telah mencuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan.1. … Read More
  • Tips Kulit kekal sihat dan cantikAsas kecantikan kulit adalah kebersihannya. Rutin membersihkan wajah seperti mencuci, menyegar dan melembab adalah wajib untuk anda patuhi. Begitu juga faktor pemakanan, persekitaran yang sihat dan tidur yang cukup adalah san… Read More

BTemplates.com

Categories

Kamera CCTV Palembang

Popular Posts

Blog Archive